Monday, 12 December 2011

BIODATA KU

Nama : Zairul Apandi Zakaria
Sekolah : Sek Keb Sungai Buloh
No Matrik : D20102042234
Kumpulan : EL-B14
Subjek diajar : Matematik Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

MATEMATIK MASALAH PEMBELAJARAN

Tajuk : Nombor Bulat
Sub-topik : menentukan nilai nombor 
Kemahiran    : membolehkan murid menentukan kuantiti nombor dan membezakan nilai nombor

 Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
Kumpulan Lemah
1) Menentukan nilai dan kuantiti nombor sekurang-kurangnya 7 dari 10 nombor dengan betul.
2) Membandingkan nilai 7 daripada 10 nombor dengan betul.

Kumpulan Sederhana
1) Menentukan nilai dan kuantiti nombor dengan betul.
2) Membandingkan nilai nombor dengan betul.

Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, Kemahiran manipulatif, bahasa Arab, Bahasa Inggeris
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membilang nombor 1 hingga 10 dalam kehidupan seharian.

Penerapan Nilai  : Kerjasama, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan

Unsur Terapi : Motor halus, Pertuturan, sosialisasi
Bahan Bantu Mengajar : bola bewarna,bakul, bekas telur, Lembaran kerja.


Set Induksi(5 minit)

Lakonan membeli sejumlah barang
1.Murid di minta mendengar dan memerhatikan lakonan yang dilakonkan oleh guru dan pembantu pengurusan murid (PPM).
2.Murid diterangkan kesimpulan dan pengajaran lakonan.
3.Murid di perkenalkan kaitan dengan topik

Teknik : lakonan
Nilai :  jujur,pemaaf 

Langkah1(20 minit) Menentukan nilai /kuantiti nombor 
1. Murid diperkenalkan tajuk pada hari ini.
2. Murid ditunjukkan konsep kuantiti / nilai nombor menggunakan bola bewarna dan bekas telur.
3. Murid diminta meletakkan sejumlah bola mengikut angka yang disebutkan oleh guru secara rawak.
4. Murid dikehendaki menyebut nilai kuantiti bola bewarna mengikut arahan guru.
5. Murid dikehendaki membawa bola bewarna ke kawasan permainan.
6. Murid dikehendaki membaling bola kedalam bakul yang disediakan.
7. Murid dikehendaki mengira bola yang terdapat di dalam bakul sahaja.
8. Murid yang paling banyak berjaya memasukkan bola ke dalam bakul dikira pemenang.

Teknik: Tunjuk cara,permainan.
KP     : Intrapersonal, Logik matematik
Terapi :kinestetik,Pengamatan,pertuturan
BBM :  Bola bewarna, bakul,bekas telur 
Nilai   : berhati-hati, tolong-menolong.



Langkah 2 (20 minit)
Menentukan nilai nombor melalui perbandingan

1.Murid ditunjukkan konsep penentuan nilai yang kecil dan besar melalui perbandingan kuantiti titik yang dilukis oleh murid
2 Murid dijelaskan secara terperinci dengan membuat bandingan bola di dalam 2 bekas telur.
3.Murid bersoal-jawab dengan guru tentang nilai nombor yang besar dan kecil secara individu.
4.Murid dikehendaki merebut bola yangdilambungkan oleh guru.
5. Murid dikehendaki mengira bola yangdirebut dan membandingkan jumlahyang mereka perolehi dengan rakan-rakan.
6. Murid membandingkan nilai terkecil danterbesar antara mereka.
7. Murid diminta mengambil seberapabanyak yang boleh bola bewarna dengan menggunakan tangan kanan.
8.Murid diminta mengira kuantiti bola yangdiperolehi dan membandingkan nilaikuantiti antara mereka.
9. Murid diminta mengambil seberapa banyak yang boleh bola bewarna dengan menggunakan tangan kiri pula.
10. Murid diminta mengira kuantiti bola yangdiperolehi dan membandingkan nilaikuantiti antara mereka dan membandingkan nilai antara kuantiti daritangan kanan dan kiri mereka.

KP   : Intrapersonal, Logik matematik
Terapi : Motor halus
BBM :  Bola bewarna, bakul,bekas telur


Langkah3(10 minit)
Latihan pengukuhan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

Kumpulan lemah
1. murid dikehendaki membilang dan memadankan nilai kuantiti berdasarkan gambar.


Kumpulan Sederhana
1. murid diminta membilang dan memadankan nilai dengan angka
2. membulatkan nilai nombor yang lebih besar.

Teknik: latih tubi
Terapi :Motor halus
 BBM : Lembaran kerja, pensel warna

Penutup(5 minit)

Rumusan topik
1.  Murid diminta menyebut nombor mengikut kuantiti bola yang ditunjukkan oleh guru.

2.  Murid membandingkan nilai yang ditunjukkan oleh guru samada kecil atau besar nilai nombor tersebut.

3.  Bertepuk tangan mengikut angka yangdisebutkan.


PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
• Perkembangan mental
• Kestabilan emosi
• Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
• Sekolah Khas
• Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
• Pemulihan Khas
• Program Disleksia
• Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
• Masalah Pembelajaran
• Masalah Pendengaran
• Masalah Penglihatan

Pengalamanku

Semasa bertugas di sekolah lama dahulu, saya pernah ditanya oleh Guru Besar  dengan soalan-soalan berikut :
  • Mengapa saya turut berbaring bersama-sama murid semasa belajar?
  • Mengapa kelas berselerak dengan permainan?
  • Mengapa tiada lembaran kerja disediakan untuk murid?
Soalan-soalan ini memang dijangka akan ditanya oleh sesiapa pun yang lalu di hadapan kelas Pemulihan saya ketika itu kerana sistem pembelajaran saya di kelas Pemulihan berbeza dengan kelas-kelas normal yang lain.
Sebenarnya, memang itulah gaya belajar murid di kelas Pemulihan. Saya mengajar mereka mengikut kesesuaian dan cara belajar yang mereka inginkan. Sebagai seorang guru, saya faham tidak semua murid akan menerima pelajaran secara teori, lebih-lebih lagi jika itu murid Pemulihan.
Saya memilih mengajar murid ini melalui teknik permainan. Teknik ini bukan bermain semata-mata. Namun, ada diselitkan unsur pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, permainan DAM ULAR, murid mesti faham peraturan permainan. Kemudian melakukan lontaran untuk menggerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diuji dengan satu teka teki sama ada soalan berbentuk ejaan perkataan dalam Bahasa Melayu atau pun soalan dalam bentuk ayat Matematik.
Jika di lihat dari sudut ‘bermain’ semata-mata, memang objektif pengajaran tidak akan tercapai. Tetapi, jika sasaran permainan tersebut sekurang-kurangnya murid dapat mengeja 10 patah perkataan dengan betul, tidak mustahil ianya akan tercapai dengan mudah berbanding meminta murid mengeja perkataan menggunakan kad perkataan.
Menggunakan permainan di kelas Pemulihan ada beberapa risiko yang perlu diketahui.
  1. Peralatan permainan boleh mendatangkan kecederaan
  2. Permainan akan berselerak di merata tempat dalam kelas
  3. Suasana bising menyelubungi kelas
Semua risiko ini boleh dielakkan apabila guru mengamalkan sistem kawalan kelas yang baik dan sempurna. Sentiasa memberi peringatan kepada murid akan peraturan sebelum, semasa dan selepas permainan.
INFO :
TAHUKAH ANDA??, Kajian tentang interaksi dalam kelas oleh Ned Flanders (1963) dan Wragg (1973) mendapati :
  • 2/3 daripada semua pelajaran adalah percakapan guru.
  • 2/3 daripada masa percakapan itu adalah percakapan guru.
  • 2/3  daripada percakapan guru adalah dalam bentuk syarahan.
Dalam kelas Pemulihan, jika guru banyak bercakap, tidak banyak perkara dapat dilakukan dalam tempoh 60 minit waktu mengajar. Kebanyakan murid pula akan bosan dan mengantuk.