Monday, 12 December 2011

BIODATA KU

Nama : Zairul Apandi Zakaria
Sekolah : Sek Keb Sungai Buloh
No Matrik : D20102042234
Kumpulan : EL-B14
Subjek diajar : Matematik Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

MATEMATIK MASALAH PEMBELAJARAN

Tajuk : Nombor Bulat
Sub-topik : menentukan nilai nombor 
Kemahiran    : membolehkan murid menentukan kuantiti nombor dan membezakan nilai nombor

 Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
Kumpulan Lemah
1) Menentukan nilai dan kuantiti nombor sekurang-kurangnya 7 dari 10 nombor dengan betul.
2) Membandingkan nilai 7 daripada 10 nombor dengan betul.

Kumpulan Sederhana
1) Menentukan nilai dan kuantiti nombor dengan betul.
2) Membandingkan nilai nombor dengan betul.

Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, Kemahiran manipulatif, bahasa Arab, Bahasa Inggeris
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membilang nombor 1 hingga 10 dalam kehidupan seharian.

Penerapan Nilai  : Kerjasama, Keberanian, Kejujuran, Kerajinan

Unsur Terapi : Motor halus, Pertuturan, sosialisasi
Bahan Bantu Mengajar : bola bewarna,bakul, bekas telur, Lembaran kerja.


Set Induksi(5 minit)

Lakonan membeli sejumlah barang
1.Murid di minta mendengar dan memerhatikan lakonan yang dilakonkan oleh guru dan pembantu pengurusan murid (PPM).
2.Murid diterangkan kesimpulan dan pengajaran lakonan.
3.Murid di perkenalkan kaitan dengan topik

Teknik : lakonan
Nilai :  jujur,pemaaf 

Langkah1(20 minit) Menentukan nilai /kuantiti nombor 
1. Murid diperkenalkan tajuk pada hari ini.
2. Murid ditunjukkan konsep kuantiti / nilai nombor menggunakan bola bewarna dan bekas telur.
3. Murid diminta meletakkan sejumlah bola mengikut angka yang disebutkan oleh guru secara rawak.
4. Murid dikehendaki menyebut nilai kuantiti bola bewarna mengikut arahan guru.
5. Murid dikehendaki membawa bola bewarna ke kawasan permainan.
6. Murid dikehendaki membaling bola kedalam bakul yang disediakan.
7. Murid dikehendaki mengira bola yang terdapat di dalam bakul sahaja.
8. Murid yang paling banyak berjaya memasukkan bola ke dalam bakul dikira pemenang.

Teknik: Tunjuk cara,permainan.
KP     : Intrapersonal, Logik matematik
Terapi :kinestetik,Pengamatan,pertuturan
BBM :  Bola bewarna, bakul,bekas telur 
Nilai   : berhati-hati, tolong-menolong.



Langkah 2 (20 minit)
Menentukan nilai nombor melalui perbandingan

1.Murid ditunjukkan konsep penentuan nilai yang kecil dan besar melalui perbandingan kuantiti titik yang dilukis oleh murid
2 Murid dijelaskan secara terperinci dengan membuat bandingan bola di dalam 2 bekas telur.
3.Murid bersoal-jawab dengan guru tentang nilai nombor yang besar dan kecil secara individu.
4.Murid dikehendaki merebut bola yangdilambungkan oleh guru.
5. Murid dikehendaki mengira bola yangdirebut dan membandingkan jumlahyang mereka perolehi dengan rakan-rakan.
6. Murid membandingkan nilai terkecil danterbesar antara mereka.
7. Murid diminta mengambil seberapabanyak yang boleh bola bewarna dengan menggunakan tangan kanan.
8.Murid diminta mengira kuantiti bola yangdiperolehi dan membandingkan nilaikuantiti antara mereka.
9. Murid diminta mengambil seberapa banyak yang boleh bola bewarna dengan menggunakan tangan kiri pula.
10. Murid diminta mengira kuantiti bola yangdiperolehi dan membandingkan nilaikuantiti antara mereka dan membandingkan nilai antara kuantiti daritangan kanan dan kiri mereka.

KP   : Intrapersonal, Logik matematik
Terapi : Motor halus
BBM :  Bola bewarna, bakul,bekas telur


Langkah3(10 minit)
Latihan pengukuhan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

Kumpulan lemah
1. murid dikehendaki membilang dan memadankan nilai kuantiti berdasarkan gambar.


Kumpulan Sederhana
1. murid diminta membilang dan memadankan nilai dengan angka
2. membulatkan nilai nombor yang lebih besar.

Teknik: latih tubi
Terapi :Motor halus
 BBM : Lembaran kerja, pensel warna

Penutup(5 minit)

Rumusan topik
1.  Murid diminta menyebut nombor mengikut kuantiti bola yang ditunjukkan oleh guru.

2.  Murid membandingkan nilai yang ditunjukkan oleh guru samada kecil atau besar nilai nombor tersebut.

3.  Bertepuk tangan mengikut angka yangdisebutkan.


PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
• Perkembangan mental
• Kestabilan emosi
• Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
• Sekolah Khas
• Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
• Pemulihan Khas
• Program Disleksia
• Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
• Masalah Pembelajaran
• Masalah Pendengaran
• Masalah Penglihatan

Pengalamanku

Semasa bertugas di sekolah lama dahulu, saya pernah ditanya oleh Guru Besar  dengan soalan-soalan berikut :
  • Mengapa saya turut berbaring bersama-sama murid semasa belajar?
  • Mengapa kelas berselerak dengan permainan?
  • Mengapa tiada lembaran kerja disediakan untuk murid?
Soalan-soalan ini memang dijangka akan ditanya oleh sesiapa pun yang lalu di hadapan kelas Pemulihan saya ketika itu kerana sistem pembelajaran saya di kelas Pemulihan berbeza dengan kelas-kelas normal yang lain.
Sebenarnya, memang itulah gaya belajar murid di kelas Pemulihan. Saya mengajar mereka mengikut kesesuaian dan cara belajar yang mereka inginkan. Sebagai seorang guru, saya faham tidak semua murid akan menerima pelajaran secara teori, lebih-lebih lagi jika itu murid Pemulihan.
Saya memilih mengajar murid ini melalui teknik permainan. Teknik ini bukan bermain semata-mata. Namun, ada diselitkan unsur pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, permainan DAM ULAR, murid mesti faham peraturan permainan. Kemudian melakukan lontaran untuk menggerakkan buah permainan. Jika mereka tiba di satu tempat, mereka akan diuji dengan satu teka teki sama ada soalan berbentuk ejaan perkataan dalam Bahasa Melayu atau pun soalan dalam bentuk ayat Matematik.
Jika di lihat dari sudut ‘bermain’ semata-mata, memang objektif pengajaran tidak akan tercapai. Tetapi, jika sasaran permainan tersebut sekurang-kurangnya murid dapat mengeja 10 patah perkataan dengan betul, tidak mustahil ianya akan tercapai dengan mudah berbanding meminta murid mengeja perkataan menggunakan kad perkataan.
Menggunakan permainan di kelas Pemulihan ada beberapa risiko yang perlu diketahui.
  1. Peralatan permainan boleh mendatangkan kecederaan
  2. Permainan akan berselerak di merata tempat dalam kelas
  3. Suasana bising menyelubungi kelas
Semua risiko ini boleh dielakkan apabila guru mengamalkan sistem kawalan kelas yang baik dan sempurna. Sentiasa memberi peringatan kepada murid akan peraturan sebelum, semasa dan selepas permainan.
INFO :
TAHUKAH ANDA??, Kajian tentang interaksi dalam kelas oleh Ned Flanders (1963) dan Wragg (1973) mendapati :
  • 2/3 daripada semua pelajaran adalah percakapan guru.
  • 2/3 daripada masa percakapan itu adalah percakapan guru.
  • 2/3  daripada percakapan guru adalah dalam bentuk syarahan.
Dalam kelas Pemulihan, jika guru banyak bercakap, tidak banyak perkara dapat dilakukan dalam tempoh 60 minit waktu mengajar. Kebanyakan murid pula akan bosan dan mengantuk.

Friday, 14 October 2011

Senarai nama guru


NAMA : RUZAINI BINTI MUSTAPHA @ MOHD.ZAIN
TARIKH LAHIR : 2 APRIL 1975
ASAL : KELANTAN
ALAMAT : NO.3,JALAN KJ1B/3,KUNDANG JAYA,48020 RAWANG,SELANGOR.

NAMA : NORLIANA BINTI AHMAN
TARIKH LAHIR : 12 OKTOBER 1979
ASAL : JOHOR
ALAMAT : D-4-6 KIP SUNGAI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR

NAMA : HARINA BINTI MOHAMAD MAONIE
TARIKH LAHIR :10 FEBRUARI 1968
ASAL : SARAWAK
ALAMAT : NO.5,LOT 3466,JALAN BUNGA TANJUNG,KAMPUNG MELAYU SUBANG,40150 SHAH ALAM,SELANGOR

NAMA : YUSRI BIN YAHYA
TARIKH LAHIR : 26 MAC 1971
ASAL : TERENGGANU
ALAMAT : NO.20,JALAN KJ1A/1,KUNDANG JAYA,48020 RAWANG,SELANGOR

NAMA : NOR HASLIZA BINTI ABDULLAH
TARIKH LAHIR : 15 NOVEMBER 1972
ASAL : KEDAH
ALAMAT : NO.5,JALAN U19/5,TAMAN SRI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR

NAMA : HASMIADA BINTI MUSTAFFA
TARIKH LAHIR : 14 SEPTEMBER 1974
ASAL : KEDAH
ALAMAT : C2-2 KIP SUNGAI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR


NAMA : ALAWIAH BINTI ISMAIL
TARIKH LAHIR : 6 JANUARI 1975
ASAL : KEDAH
ALAMAT : B-1-2 KIP SUNGAI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR


NAMA : NORAZLINA BINTI JUSIN
TARIKH LAHIR : 13 JULAI 1975
ASAL : SELANGOR
ALAMAT : LOT 24C,JALAN DELIMA 5A,KAMPUNG PAYA JARAS HILIR,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR

NAMA : MARIA BINTI ABU BAKAR
TARIKH LAHIR : 25 JANUARI 1976
ASAL : MELAKA
ALAMAT : J34,JALAN MP49,KAMPUNG MATANG PAGAR,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR

NAMA : SARIZA BINTI MOHD. SATAR
TARIKH LAHIR : 7 OKTOBER 1976
ASAL : TERENGGANU
ALAMAT : NO.18,JTB 4,TAMAN TASIK BIRU,48050 RAWANG,SELANGOR


NAMA : NOR ASIAH BINTI MAT ISA
TARIKH LAHIR : 28 OKTOBER 1976
ASAL : PERAK
ALAMAT : B-4-5 KIP SUNGAI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR


NAMA : NOR ROSILA BT NGADIRIN
TARIKH LAHIR : 15 MAC 1978
ASAL : SELANGOR
ALAMAT : NO.42,JALAN DC 2/15,DESA COALFIELDS,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR

NAMA : MOHD KHIDIR BIN MOHD NOORDIN
TARIKH LAHIR : 27 OGOS 1979
ASAL : WP KUALA LUMPUR
ALAMAT : 3-2-6,PHASE 5,PANTAI HILLPARK,59200 KUALA LUMPUR


NAMA : ZAHARAH BINTI MOHD RASIB
TARIKH LAHIR : 1 FEBRUARI 1982
ASAL : PERAK
ALAMAT : B-4-8 KIP SUNGAI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR


NAMA : JEFRI ZAIN BIN SUPANGAT
TARIKH LAHIR : 20 JUN 1980
ASAL : PERAK
ALAMAT : B-4-2,KIP SUNGAI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR


NAMA : WAN HASMIRAWATI BINTI WAN MOHD NOR
TARIKH LAHIR : 27 JUN 1980
ASAL : KELANTAN
ALAMAT : NO.117/1A,JALAN INTAN,GOMBAK SETIA,53100 GOMBAK,KUALA LUMPUR


NAMA : ILYANI BINTI HALIM
TARIKH LAHIR : 25 OKTOBER 1980
ASAL : KEDAH
ALAMAT : NO.16,JALAN 4/5D,43650 BANDAR BARU BANGI,SELANGOR


NAMA : ANIZA BINTI SAAD
TARIKH LAHIR : 30 OGOS 1982
ASAL : SELANGOR
ALAMAT : 6-2-15,GUGUSAN DEDAP,JALAN KENYALANG 11/1,SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA,47810 PETALING JAYA,SELANGOR

NAMA : MASMULIA BINTI ABDUL RAHMAN
TARIKH LAHIR : 23 JUN 1982
ASAL : KEDAH
ALAMAT : NO.123,JALAN BRP 7/3,BUKIT RAHMAN PUTRA,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR

NAMA : AMEETA BT MAT HAMIR
TARIKH LAHIR : 5 SEPTEMBER 1967
ASAL : WP KUALA LUMPUR
ALAMAT : A2-2 KIP SUNGAI BULOH,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR


NAMA : ROSMAWATI BINTI SEMAN
TARIKH LAHIR : 24 MAC 1980
ASAL : KELANTAN
ALAMAT : B1-01-13 PANGSAPURI SUBANG SURIA,JALAN BINTANG U5/33,SEKSYEN 33,40150 SHAH ALAM,SELANGOR

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

1- Beriltizam membina emosi pelajar agar beretika , bertanggungjawab , dan berwawasan.
2.- Menyediakan persekitaran yang bersih dan kondusif serta selamat.
3- Menyediakan pelbagai kemudahan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
4- Sentiasa menjadi program yang terbaik di peringkat daerah dalam penyertaan semua
aktiviti kokurikulum.
5- Mengamalkan TQM dalam pengurusan sekolah.

Misi dan Visi

Misi Pendidikan Khas

Melatih dan membimbing murid-murid Pendidikan Khas dengan menjadikan mereka insan yang berdikari , berjasa kepada komuniti setempat dan berjaya dalam hidup.


Visi Pendidikan Khas

Menyediakan perkhidmatan pendidikan asas dengan keperluan khas yang mampu diikuti oleh murid-murid pendidikan khas ke arah kejayaan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan 4 aspek iaitu memenuhi keperluan jasmani , emosi , rohani dan intelek mengikut keupayaan dan kelebihan masing-masing.

Cogan Kata Pendidikan Khas

BAIK HATI HIDUP BAHAGIA

Cogan kata ini dipilih sesuai dengan asas keperluan kendiri manusia.Manusia memerlukan kasihsayang ,perlindungan, dan kepuasan diri.Sifat manusia sejagat yang menuntut kepada keperihatinan .Maka pendekatan ini adalah sesuai dengan kaedah pendidikan kanak-kanak istimewa .Meskipun sumbangan golongan istimewa amat terhad namun kebolehan mereka tiadak boleh disangkal.Setiap dari mereka perlu dorongan sokongan dan kasih sayang untuk mencapai kebahagian dalam hidup.Justeru itu masyarakat perlu prihatin kepada golongan ini.Tanggapan yang negatif boleh membunuh semangat mereka.Adalah diharapkan masyarakat mempraktikkan budaya masyarakat penyayang ke arah merealisasikan matlamat hidup golongan ini.Semoga cogan kata ini sebagai satu ‘Selfmotivation’ untuk semua.

Latar belakang Pendidikan Khas Sk Sungai Buloh

Sejarah Penubuhan Program

Kewujudan Program Pendidikan Khas diilhamkan atas kesedaran dan keperluan.Program ini bertujuan memberi peluang kepada anak-anak istimewa mengikuti proses pembelajaran dengan suasana perkembangan sosial sebagai seorang kanak-kanak biasa. Meskipun mereka memerlukan beberapa kaedah dan peralatan yang khusus dalam proses pembelajaran mereka.

Adalah sesuatu yang membanggakan kerana penubuhan kelas Pendidikan Khas di SK Sungai Buloh adalah cetusan idea dari salah seorang guru yang mempunyai seorang anak istimewa.Beliau adalah Encik Burhanuddin b.Mohd Aris.

Hasil usaha pelbagai pihak akhirnya program ini dengan rasminya dijalankan sebaik sahaja sessi persekolahan 1996.Program ini bermula dengan dua buah kelas iaitu Kelas Bermasalah Pembelajaran dan Kelas Bermasalah Pendengaran.

Pada peringkat awal penubuhannya bilangan pelajar hanya 4 orang.Seorang pelajar bermasalah pendengaran manakala tiga orang lagi pelajar bermasalah pembelajaran.Dua orang guru yang bersedia sepenuhnya mengembeling tenaga mengukuhkan asas kepada perkembangan alam pendidikan kanak-kanak istimewa.Guru yang merealisasikan visi dan misi pendidikan kanak-kanak istimewa ini adalah Encik Burhanuddin bin Mohd Aris dan isterinya Puan Ismawati.

Atas kesedaran dan tanggungjawab masyarakat terhadap kepentingan pelajaran, bilangan pelajar bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1997 seramai 25 orang murid berdaftar di kelas ini dengan 7 orang tenaga pengajar.Bilangan murid bertambah kepada 35 0rang.Tahun 2001 bilangan murid berdaftar seramai 55 orang dengan 9 buah kelas dan 13 orang guru.

Peningkatan pelajar yang terus meningkat mendesak keperluan kepada ruang perlu dipenuhi.Tuntutan keperluan itu dipenuhi dengan pembukaan pusat baru tidak jauh dari sekolah ini iaitu di SK Bukit Rahman Putra.Penubuhan pusat baru membawa kepada perpindahan murid-murid yang mengalami masalah pendengaran ke pusat tersebut.Mulai sessi persekolahan Januari 2001 SK Sungai Buloh hanya mengendalikan Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Dalam program ini,murid yang disahkan oleh pakar perubatan mengalami masalah seperti Attention Defisit Hyperaktif Disorder.,Autisme,Hydro Cephalus,Syndrom Down,Celebral Palsy,Multiple Handicap,Slow Learner adalah layak mengikuti program pendidikan khas.

Peningkatan bilangan pelajar dan tenaga pengajar seiring bagi mengimbangi keperluan tersebut.Pada tahun 2003,bilangan pelajar mencecah 63 orang .Sehingga Januari 2008 jumlah murid yang berdaftar di kelas Program Integrasi Pendidikan Khas seramai 68 orang.Jumlah tersebut merupakan jumlah tertinggi pelajar istimewa dalam daerah Gombak.Bilangan tenaga pengajarnya seramai 16 orang memenuhi kouta 1:6.5.Tenaga pengajar yang diberikan latihan dari semasa ke semasa seramai 16 orang dan dibantu pula dengan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid yang dihantar ke sekolah ini mulai tahun 2007.

Pada bulan Februari 2007,selaras dengan seruan kerajaan untuk memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak,Program Pra Sekolah Pendidikan Khas dibuka dan dikendalikan oleh seorang guru Pendidikan Khas dengan bantuan seorang Pembantu Pengurusan Murid.Pada awalnya kelas ini hanya mempunyai seramai 3 orang murid berdaftar,namun pada awal Januari 2008 kelas ini mempunyai seramai 7 orang murid kesemuanya.

Pelbagai usaha untuk memacu kecemerlangan pendidikan bagi kanak-kanak istimewa ini.Justeru itu pihak pengurusan Program Pendidikan Khas berusaha memenuhi keperluan para pelajar.Antara keperluan khusus yang dimaksudkan adalah aktiviti riadah.Aktiviti ini dipercayai boleh membantu merangsang para pelajar ke arah keyakinan diri.Selain itu aktiviti ini memberi manafaat yang besar dari segi kesediaan pelajar meneruskan kehidupan dalam masyarakat sekelilingnya.

Melalui Program Pendidikan Khas para pelajar di beri pendedahan secara kognitif mengikut tahap pencapaian dan didedahkan dengan kaedah bersosialisasi dengan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling dengan penuh yakin.Pendekatan sosialisasi ini secara tidak langsung memberi ruang kepada masyarakat mendekati serta memahami golongan istimewa ini.Oleh yang demikian adalah diharapkan anggota masyarakat boleh berinteraksi secara toleransi dengan golongan istimewa.